Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Seyed Ali Khamenei memberi amaran kepada pemerintah Bahrain dengan mengatakan bahawa rejim yang zalim mereka tidak akan pernah bertahan lama.
Komen itu dibuat selepas laporan menunjukkan bahawa rejim Al-Khalifah yang memerintah Bahrain secara kuku besi telah menyiksa dan membunuh dua orang remaja yang menyertai tunjuk perasaan anti-rejim.
"Kekejaman dan kezaliman tidak akan berterusan dan keazaman serta keinginan bangsa yang mencari keadilan akhirnya akan mencapai kemenangan," seperti yang tertulis dalam laman sosial Twitter rasimi pemimpin tersebut.
Tweet itu muncul selepas Manama meneruskan tindakan kerasnya terhadap para peserta protes anti-rejim dengan memerintahkan hukuman mati ke atas Ahmed Isa al-Malali, 24, dan Ali Mohamed Hakeem al-Arab, 25, pada hari Sabtu atas tuduhan keganasan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum ini turut mengutuk hukuman mati tersebut dan menuduh pasukan keselamatan Bahrain menggunakan penyeksaan untuk mendapatkan pengakuan dari kedua-dua lelaki itu. -PRESS TV
31 Julai 2019 - 17:29
News ID: 966098
Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Seyed Ali Khamenei memberi amaran kepada pemerintah Bahrain dengan mengatakan bahawa rejim yang zalim mereka tidak akan pernah bertahan lama.